POWERED BY .....

POWERED BY .....



Untuk menjadi guru yang berwibawa dan sentiasa ke hadapan, kita perlu mencari ilmu untuk menambah pengetahuan dan memperkembang lagi potensi diri dalam arus pendidikan yang serba moden ini.. Di sini, pihak admin blog ini ingin menjalankan pungutan suara mengenai satu cadangan untuk membolehkan kita tergolong dalam bakal guru yang sedia mengharungi arus perdana ini.. Setelah berbincang dengan beberapa pihak yang berkaitan, pihak admin telah menyenaraikan beberapa aktiviti yang boleh memberikan ilmu bernilai tambah bagi pelatih guru yang akan diijazahkan oleh IPG kampus Bahasa Melayu antaranya :

1. Kursus Tali Tahap Tinggi / HIGH ROPES tahap 1
2. Kursus Pengadilan dan kejurulatihan sukan
3. Kursus Sukan dan Rekreasi tahap 1.


Semua kursus ini difikirkan sesuai untuk semua pelatih guru lelaki mahupun wanita. Antara kelebihannya :

1. Mendapat satu ilmu baharu yang boleh digunakan semasa menjadi guru kelak.
2. Mendapat pengiktirafan sijil yang mengikut kehendak Standard Operation Procedur (SOP) untuk mengelakkan daripada dikaitkan dengan sebarang kesalahan.
3. Menambahkan keyakinan diri untuk melakukan sesuatu aktiviti.

4. Boleh menjana ekonomi individu $$$


setelah berbincang dengan pihak yang berkenaan, setiap individu mestilah mempunyai minat untuk menjalani kursus ini, sanggup membuat pelaburan ( kurang drpada RM200 untuk menjalani kursus ) dan mampu memperuntukkan masa untuk menjalani kursus tersebut.( biasanya 3 hari 2 malam)

Dengan ini, kami berharap agar pihak saudara/i boleh memberikan ulasan ataupun cadangan untuk memberikan penambahbaikan ke atas aktiviti yang mampu kita laksanakan ini.

untuk maklumat lanjut, boleh berhubung secara telekomunikasi dengan
: saudara Yaser PISMP 5 A ( 0133589540)
: Saudara Raimi PISMP 5 C ( 0133616896)

KERJASAMA DARIPADA PIHAK SAUDARA/I AMAT DIHARAPKAN DAN DIHARGAI..

Beraktiviti untuk ilmu kepada Intelek, Rohani, Emosi, Jasmani dan Sosial kendiri




Larian guru 6km yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan begitu baik pada hari ini bersamaan 15 Mei 2010..
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, kejohanan larian ini dapat dilaksanakan dalam keadaan cuaca yang baik dan dilangsungkan tanpa masalah yang besar..
SYABAS diucapkan kepada semua petugas yang terdiri daripada pelajar PISMP sem 5 / 2010 kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan program ini. Perasmian penutupan program larian ini juga turut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG KBM.Terima kasih juga diucapkan kepada En Aizudin ( Unit Kokorikulum), En Omar ( KJ HEP), En Shamsul (KJ PJ) yang sudi menghadirkan diri ke program larian ini.

antara gelagat dan situasi program yang sempat difotokan...

SEBELUM LARIAN BERMULA



WARM UP




SEMASA PELEPASAN



SEMASA LARIAN BERLANSUNG





GELAGAT PESERTA SELEPAS LARIAN




GELAGAT PEGAWAI PERTANDINGAN



ACARA PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH






REAKSI PEGAWAI PERTANDINGAN SELEPAS SELESAI PROGRAM LARIAN




TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PEGAWAI PERTANDINGAN, PEMENANG DAN PESERTA YANG BERJAYA MENGHABISKAN LARIAN 6 KILOMETER..




Futsal suka-suka akan diadakan pada malam ini 13 Mei 2010 tepat pada jam 11.59 malam. Futsal ini juga akan diadakan di the Challenger Sport Centre petaling jaya . Bagi yang kurang pasti dengan tempat tersebut boleh rujuk map di bawah..

SEMUA PELAJAR SEMESTER 5 TAHUN 2010 DISUNATMUAKKADKAN UNTUK HADIR PADA MASA DAN TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN..
> SEBARANG KEMUSYKILKAN DAN PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SAUDARA HAFIZ DITALIAN CELCOM U PAX 0192327921..

SUKAN UNTUK SEMUA

SUKAN UNTUK KESIHATAN DIRI..



Aktiviti terbaharu PISMP Sem 5 IPG KBM. Kali ini sukan badminton pula. Kepada pelajar-pelajar PISMP Sem 5 IPG KBM, anda dialu-alukan untuk hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti ini. Terbuka kepada lelaki dan perempuan.

Tempat : Medan Seri Pantai (Blok 100)
Masa : 5.00 petang - 8 malam
Tarikh : 7 Mei 2010 (Jumaat)
Bayaran : RM 3.00 seorang

Majulah sukan untuk semua.



LOGO RASMI LARIAN GURU 6KM

Tarikh : 15 Mei 2010
Tempat : IPG KBM > UM > IPG KBM
Jarak Laluan : 6 km
Anjuran : PISMP SEM 5 / 2010


KAKI LIMA FC

25 April lalu, pihak JPP IPG KBM telah menganjurkan satu kejohan bola sepak 9 sebelah peringkat IPG KBM dan turut mengundang barisan terbaik daripada IPG KBA.

PISMP Ambilan JAN 2008 turut menghantar satu pasukan yang diberi nama KAKI LIMA FC a.k.a FIVE LEG FC. Pasukan KAKI LIMA FC telah memenangi pusingan pertama dengan penuh bergaya setelah membenam cabaran pasukan staf IPG KBM FC dengan jaringan 2-0..Kedua-dua Gol telah dihasilkan oleh pemain yang memakai jersi bewarna hijau putih.

Perlawanan separuh akhir pula menemukan Kaki Lima FC dengan Pasukan batch junior yang berkesudahan pasukan junior memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1.. Keputusan itu membuatkan pasukan junior menentang pasukan IPG KBA di peringkat akhir. Perlawanan akhir tersebut memihak kepada IPG KBA dengan keputusan 1-0

Coretan Kejohanan

WARM UP TIME




GELAGAT SEBELUM PERLAWANAN











KETIKA PERLAWANAN


KERENAH PEMAIN DI BANGKU SIMPANAN



KRONOLOGI PEMAIN YANG SUDAH T*@


ARAHAN DARIPADA SIR ANWAR AL SUSUN STRATEGI

PEMAIN MERANGKAP PENONTON


KELAS A

KELAS A
BM / PJ /SASTERA MELAYU

KELAS B

KELAS B
PRA / PJ / MUZIK

KELAS C

KELAS C
PRA / PJ / MUZIK

KELAS D

KELAS D
PK / PJ / BM

KELAS E

KELAS E
PK / PJ / BM