POWERED BY .....

POWERED BY .....



Untuk menjadi guru yang berwibawa dan sentiasa ke hadapan, kita perlu mencari ilmu untuk menambah pengetahuan dan memperkembang lagi potensi diri dalam arus pendidikan yang serba moden ini.. Di sini, pihak admin blog ini ingin menjalankan pungutan suara mengenai satu cadangan untuk membolehkan kita tergolong dalam bakal guru yang sedia mengharungi arus perdana ini.. Setelah berbincang dengan beberapa pihak yang berkaitan, pihak admin telah menyenaraikan beberapa aktiviti yang boleh memberikan ilmu bernilai tambah bagi pelatih guru yang akan diijazahkan oleh IPG kampus Bahasa Melayu antaranya :

1. Kursus Tali Tahap Tinggi / HIGH ROPES tahap 1
2. Kursus Pengadilan dan kejurulatihan sukan
3. Kursus Sukan dan Rekreasi tahap 1.


Semua kursus ini difikirkan sesuai untuk semua pelatih guru lelaki mahupun wanita. Antara kelebihannya :

1. Mendapat satu ilmu baharu yang boleh digunakan semasa menjadi guru kelak.
2. Mendapat pengiktirafan sijil yang mengikut kehendak Standard Operation Procedur (SOP) untuk mengelakkan daripada dikaitkan dengan sebarang kesalahan.
3. Menambahkan keyakinan diri untuk melakukan sesuatu aktiviti.

4. Boleh menjana ekonomi individu $$$


setelah berbincang dengan pihak yang berkenaan, setiap individu mestilah mempunyai minat untuk menjalani kursus ini, sanggup membuat pelaburan ( kurang drpada RM200 untuk menjalani kursus ) dan mampu memperuntukkan masa untuk menjalani kursus tersebut.( biasanya 3 hari 2 malam)

Dengan ini, kami berharap agar pihak saudara/i boleh memberikan ulasan ataupun cadangan untuk memberikan penambahbaikan ke atas aktiviti yang mampu kita laksanakan ini.

untuk maklumat lanjut, boleh berhubung secara telekomunikasi dengan
: saudara Yaser PISMP 5 A ( 0133589540)
: Saudara Raimi PISMP 5 C ( 0133616896)

KERJASAMA DARIPADA PIHAK SAUDARA/I AMAT DIHARAPKAN DAN DIHARGAI..

Beraktiviti untuk ilmu kepada Intelek, Rohani, Emosi, Jasmani dan Sosial kendiri




This entry was posted on 10:51 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan:

KELAS A

KELAS A
BM / PJ /SASTERA MELAYU

KELAS B

KELAS B
PRA / PJ / MUZIK

KELAS C

KELAS C
PRA / PJ / MUZIK

KELAS D

KELAS D
PK / PJ / BM

KELAS E

KELAS E
PK / PJ / BM